Pengarah wanita rugi RM5.29 juta diperdaya Love Scam

Pengarah wanita rugi RM5.29 juta diperdaya Love Scam

Pengarah wanita rugi RM5.29 juta diperdaya Love Scam

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat kerugian RM5.29 juta selepas diperdaya sindiket ‘Love Scam’ melalui perkenalan dengan seorang lelaki di sebuah laman sesawang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang juga wanita tempatan berusia 64 tahun, hari ini.

“Mangsa yang juga pengarah sebuah syarikat di Ipoh, Perak, memaklumkan dia berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai lelaki warga Amerika Syarikat.





“Lelaki itu yang mendakwa bekerja sebagai paramedik di Hospital California kemudian memperdayakan mangsa dengan menyatakan beliau menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai AS$22 juta (RM9.7 juta).

“Suspek yang mendakwa memerlukan dana modal permulaan bagi kontrak terbabit turut berjanji akan mengahwini mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Disyorkan Untuk Anda :


Azmi berkata, mangsa yang terpedaya dengan janji itu kemudian melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank diberikan suspek secara berperingkat berjumlah RM5.29 juta antara Januari hingga Jun lalu.

“Mangsa menggunakan semua wang simpanan dan membuat pinjaman dengan pemberi pinjam wang berlesen untuk diserahkan kepada suspek berkenaan.





“Semakan awal dilakukan mendapati akaun bank terbabit juga mempunyai rekod berkaitan beberapa kes penipuan lain yang menggunakan modus operandi sama,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah atau aktiviti mencurigakan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

NYNAA HARIZAL – I LOVE YOU SO MUCH MY HUSBAND





Pengarah wanita rugi RM5.29 juta diperdaya Love Scam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker