Penolong pegawai pendidikan didakwa rasuah tuntutan pengawal keselamatan sekolah
Penolong pegawai pendidikan didakwa rasuah tuntutan pengawal keselamatan sekolah

SEREMBAN: Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas pertuduhan menerima suapan bagi meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan sekolah, lima tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Fauzi Abdul, 46, yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang lelaki sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipalnya, iaitu untuk meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan bagi Oktober 2017 di sekolah dalam daerah Port Dickson.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Lukut, Port Dickson pada 16 November 2017.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) kanun sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Port Dickson pada atau sebelum 7 hari bulan setiap bulan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Ogos.
Penolong pegawai pendidikan didakwa rasuah tuntutan pengawal keselamatan sekolah
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen