Perisai Komuniti terlalu awal – Klopp
Perisai Komuniti terlalu awal – Klopp

LONDON: Jurgen Klopp berpendapat Perisai Komuniti diadakan terlalu awal untuk pasukan Liverpool yang hanya menamatkan musim lalu pada penghujung Mei.
Perlawanan menentang Manchester City di Stadium King Power esok menandakan bermulanya kempen baharu dengan Liverpool cuba membuktikan kemampuan ke atas pesaing utamanya itu.
Pengendali Liverpool, Klopp bertekad memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan itu kerana dia belum pernah memenangi piala berkenaan.
Bagaimanapun Klopp merasakan tarikh perlawanan itu terlalu cepat kerana Liverpool beraksi pada final Liga Juara-Juara Eropah 28 Mei lalu.
Liverpool mara ke final tiga kejohanan musim lalu dan bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan City sehingga hari terakhir.
Secara keseluruhan Liverpool beraksi dalam 63 perlawanan sepanjang musim.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
“Saya suka pertandingan ini tetapi saya rasa perlu mencari tarikh lain. Kami mempunyai musim lebih panjang berbanding pasukan lain dan kini tempoh pra-musim kami lebih singkat.
“Mungkin seseorang perlu memikirkannya. Tetapi kami perlu mencari cara untuk menanganinya dan sedang berusaha. Musim baharu akan bermula dan kami tidak sabar untuk mengharunginya. – AGENSI
HOO semarakkan sukan badminton di kalangan komuniti
Perisai Komuniti terlalu awal – Klopp
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen