PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Ketika ahli parlimen sibuk membahaskan RUU Anti Lompat Parti di parlimen pemimpin PN masih sempat bermesyuarat untuk terus menuntut jawatan TPM.

Seramai 54 ahli parlimen daripada pelbagai parti politik mengambil bahagian dalam perbahasan itu.

Mereka mewakili BN, PAS, PKR, DAP, PAN, Pejuang, MUDA, GPS, UPKO, PSB, PBM dan Bebas.





Edisi Siasat tertanya-tanya juga, ke manakah perginya ahli parlimen PPBM?

Apakah PPBM tidak bersetuju dengan RUU Anti Lompat Parti?

Rupa-rupanya, ketika ahli parlimen dari parti lain sibuk memperincikan RUU Anti Lompat Parti dengan seluruh negara memberikan tumpuan, PN mempunyai agenda tersendiri.

Semua pemimpin dari parti komponen PN mengadakan mesyuarat khas.

Agendanya ialah menuntut dan mendesak Ismail Sabri supaya melantik seorang TPM dari kalangan mereka.





Mesyuarat itu dipengerusikan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN merangkap Presiden PPBM.

Ia turut dihadiri Presiden PAS, Hadi Awang; Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP, Yong Teck Lee, Presiden Gerakan, Dominic Lau dan ahli MT PN.

Mereka melahirkan rasa kecewa terhadap Ismail Sabri yang tidak bersungguh dalam memenuhi terma penting perjanjian antara beliau dan PN.

PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Ismail Sabri bagi membincangkan pelaksanaan perjanjian tersebut.

Ketika parlimen sibuk membahaskan RUU yang penting untuk kestabilan politik negara, PN masih sibuk dengan perebutan jawatan.





Kalau pun PN tidak berpuas hati dengan sikap Ismail Sabri, apakah tidak boleh mesyuarat itu diadakan selepas RUU Anti Lompat Parti lulus?

Di mana kata-kata pemimpin PN yang selama ini melaungkan slogan ‘DEMI RAKYAT’ dan ‘DEMI NEGARA’?

Kepada Ismail Sabri, ‘enough is enough’.

Jangan dilayan kerenah dan tuntutan kluster yang kemaruk jawatan itu.

Kalau pun PN ugut untuk tarik sokongan (Edisi Siasat percaya PN tidak akan berani melakukannya), biarkan mereka tarik sokongan.





Kita pun sudah berada di ambang PRU 15.

 

PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker