RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung

RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung

RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung

Dewan Rakyat meluluskan RUU Anti Lompat Parti selepas 2 hari dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat.

RUU Anti Lompat Parti diluluskan dengan 209 ahli parlimen menyokong, 11 tidak hadir dan tiada undi menentang.

Hampir mengulangi sejarah ketika meluluskan Undi18, usul kerajaan itu mendapat sokongan sebulat suara dari pihak pembangkang dan ahli parlimen BEBAS.





Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/484099

Seperti di dalam perbahasan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, RUU Anti Lompat Parti merupakan asas yang paling penting di dalam MoU antara kerajaan dan PH yang ditandatangani.

Dalam perbahasan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sangat jelas isi perbahasannya seolah mahu memujuk Ismail Sabri untuk terus menyambung MoU.

Secara kiasannya, Anthony Loke menggesa Ismail Sabri supaya tidak tunduk kepada tekanan dalaman dari parti UMNO.





Mungkin lebih baik Anthony Loke memahami sepenuhnya keadaan sebenar sebelum membuat apa-apa tuduhan kepada UMNO.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku selepas RUU Anti Lompat Parti ini diluluskan.

Adakah selepas berjaya meluluskan usul ini di parlimen, Ismail Sabri akan terlena dengan pelbagai pujian yang diberikan oleh PH?

Dan seterusnya membuat keputusan menyambung MoU.

Sekiranya ini keputusan Ismail Sabri, maka dengan jelas beliau boleh dianggap telah mengisytiharkan perang dengan parti UMNO.





Seperti yang diketahui, UMNO tegas dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAU 2021 dan MKT UMNO bahawa MoU tidak lagi disambung.

Atau mungkinkah selepas menunaikan janji di dalam MoU, Ismail Sabri akan membuat keputusan untuk memohon YDP Agong membubarkan parlimen?

Kini Ismail Sabri atau pun kerajaan sudah tidak lagi terikat dengan mana-mana janji yang telah dipersetujui dalam MoU.

Segala-galanya kini terpulang kepada Ismail Sabri, tetapi jangan lupa, akar umbi UMNO dan rakyat sedang memerhati.

 





RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker