Suami isteri, 2 anak antara 6 ditahan edar dadah
Suami isteri, 2 anak antara 6 ditahan edar dadah
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri dan dua anak mereka antara enam individu ditahan kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM328,385 di sekitar Lembah Klang, Isnin lalu.
Semua suspek berusia lingkungan 18 hingga 47 tahun itu, ditahan di sebuah kondominium di Jalan Kuching dan sebuah rumah teres di Taman Indah, Kepong, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata semua suspek yang juga warga tempatan itu bergiat aktif dalam kegiatan berkenaan sejak setahun lalu.
Beliau berkata, modus operandi digunakan suspek empat sekeluarga itu adalah menghantar bekalan dadah kepada dua lagi suspek lain untuk dijual.
“Mereka (empat sekeluarga) juga akan menghantar (bekalan dadah) terus kepada pelanggan tetap, membabitkan kawan rapatnya di tempat ditetapkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Eng Lai berkata, empat sekeluarga itu turut memproses ketamin di rumah mereka secara kecil-kecilan untuk dijual semula.
“Selain itu, pil eramin 5 dan pil ekstasi diperoleh daripada pembekal lain di tepi jalan di Kuchai Lama, di sini dan polis turut merampas wang tunai RM49,057 membabitkan semua suspek.
“Jumlah keseluruhan rampasan dadah berkenaan mampu menampung penggunaan 2,045 penagih,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.
Eng Lai berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula Selasa lalu hingga Isnin ini. – BERNAMA
Suami isteri, 2 anak antara 6 ditahan edar dadah
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen