Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang

Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang

Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang
Kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama pembawa Jalur Gemilang, Bonnie Bunyau Gustin dan Aifa Azman segak bergaya berarak masuk pada perasmian Sukan Komanwel 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. – Foto AFP

BIRMINGHAM: Ia kini bermula.

Sukan Komanwel Brmingham 2022, kini bermula dengan rasminya selepas acara perasmian penuh gilang-gemilang berlangsung di hadapan 30,000 penonton di Stadium Alexander, Perry Barr di sini, sebentar tadi.

Acara pembukaan yang menerima sentuhan Martin Green yang bereputasi antarabangsa sebagai ketua acara Sukan Olimpik London 2012, selain Steven Knight iaitu pencipta dan penulis siri televisyen yang terkenal ‘Peaky Blinders’, telah memaparkan ‘DNA’ BIrmingham dan West Midlands.

Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang
Kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama pembawa Jalur Gemilang, Bonnie Bunyau Gustin dan Aifa Azman segak bergaya berarak masuk pada perasmian Sukan Komanwel 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. – Foto Bernama

Memaparkan bandar raya yang penuh dengan kepelbagaian dan sejarah’, pertunjukan yang penuh bertenaga telah dibahagikan kepada beberapa babak iaitu ‘Call to Gather’, ‘Everything to Everybody’, ‘Hear My Voice’ dan ‘Raging Bull’, dengan pertunjukan lampu yang hebat dan bunga api menakjubkan, yang memenuhi setiap saat di sepanjang acara dua jam setengah yang penuh magis.





Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang
Sebahagian persembahan pada Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. – Foto Bernama

Pertunjukan berpaksikan sekitar cerita mengenai Stella, yang dilakonkan oleh Lorell Boyce dan ‘The Dreamers’ satu kumpulan atlet muda dari sekitar negara-negara Komanwel yang meneroka Birmingham pada waktu lalu dan sekarang.

Sejurus selepas itu, penganjur memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang meraikan Jubli Platinumnya menandakan sambutan ke-70 tahun pemerintahannya, dengan berkongsi kisah keghairahan dan komitmen baginda terhadap Komanwel, bermula dengan ucapan Komanwel pertamanya sebagai seorang puteri raja muda.


Disyorkan Untuk Anda :



Ia diikuti dengan kemunculan boneka gergasi yang mewakili tokoh sastera, pemuzik, dan saintis terkenal dalam sejarah, termasuk penampilan istimewa dari ikon ‘senyap’ di seluruh dunia, Charlie Chaplin.

Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang
Sebahagian persembahan pada Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. – Foto Bernama

Sejurus sebelum ‘Hear My Voice’, yang mengiktiraf kehadiran ke Birmingham serta wira yang tidak didendang dalam pandemik COVID-19, babak itu bermula dengan aktivis pendidikan wanita Pakistan dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2014 Malala Yousafzai, membuat penampilan istimewa dengan menyampaikan ucapan penuh bertenaga, berkongsi harapannya terhadap penyertaan wanita dalam segenap masyarakat.

Penonton kemudiannya mengalu-alukan kehadiran atlet dan pegawai, dengan tepukan gemuruh dan sorakan yang meriah, ketika mereka berarak ke dalam stadium, dengan Australia menjadi pasukan pertama masuk mengelilingi stadium, manakala Malaysia menjadi pasukan ke-42.





Kontinjen Malaysia, diketuai pemain skuasy wanita Aifa Azman dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin sebagai pembawa bendera, mengetuai 38 atlet dan pegawai termasuk chef de mission (CDM), Datuk Shahrul Zaman Yahya dan timbalannya, Gerard Monteiro.

Semua ‘wira’ Malaysia berbaju Melayu berbutang lima berwarna putih dan kebaya moden pendek, menampilkan bunga kebangsaan bunga raya, yang diberi nafas baharu dengan abstrak batik lukisan tangan pereka tempatan.

Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang
Persembahan bunga api pada Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. – Foto Bernama

Atlet terjun terbaik England Tom Daley merupakan antara atlet yang diberikan penghormatan untuk membawa baton, sebelum diserahkan kepada atlet berasal dari Birmingham yang juga atlet heptatlon, Denise Lewis.

Lewis kemudiannya menyerahkan baton yang mengandungi mesej daripada Ratu,kepada Prince of Wales Putera Charles, yang kemudiannya mengistiharkan pembukaan Sukan Komanwel edisi ke-22.

Ikonik muzik British, Duran Duran melengkapkan majlis pembukaan yang mengagumkan dengan persembahan dua lagu terbaik mereka – ‘Tonight United’ dan ‘Ordinary World’ – pada ketika pertunjukan bunga api mewarnai langit Birmingham.





Kira-kira 6,500 atlet daripada 72 negara dan wilayah mengambil bahagian pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung sehingga 8 Ogos ini.

– BERNAMA

KPDNHEP tangani isu harga barang naik

Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker