Temasya disingkap meriah

Temasya disingkap meriah

Temasya disingkap meriah
Upacara perasmian Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 yang berlangsung di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat, petang tadi.

UBON RATCHATHANI: Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 membuka tirainya secara rasmi pada petang tadi, membabitkan penyertaan lebih 1,500 peserta dari 11 negara di rantau ini.

Temasya yang berlangsung di Ubon Ratchathani itu berlangsung selama 11 hari dengan 228 pingat ditawarkan dari 30 acara dipertandingkan pada edisi kali ini.

Pemain bola sepak negara yang juga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Aliff Najmi Shaani diamanahkan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada acara pembukaan yang berlangsung di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat itu.

Kontinjen negara mempertaruhkan 275 atlet dengan sasaran 35 pingat emas pada temasya kali ini sekali gus mengulangi pencapaian yang dilakukan pada edisi 2018 di Myanmar.





Selepas tiga hari temasya berlangsung, rentak positif ditampilkan kontinjen negara apabila sudahpun menggondol 16 pingat emas, 22 pingat perak dan 12 pingat gangsa.


Disyorkan Untuk Anda :


Sebagai rekod, temasya itu sepatutnya berlangsung dua tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik COVID-19 dan akhirnya 2022 menjadi tahun sukan itu kembali dilangsungkan.

Majlis penutup temasya akan berlangsung di venue sama pada 6 Ogos nanti.

 

AUG 2022: ‘Harimau Siswa’ gugup





Temasya disingkap meriah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker