Wanita terkaya Asia hilang separuh kekayaan akibat krisis sektor hartanah

Wanita terkaya Asia hilang separuh kekayaan akibat krisis sektor hartanah

Wanita terkaya Asia hilang separuh kekayaan akibat krisis sektor hartanah
YANG HUIYAN

BEIJING: Wanita paling kaya di Asia dilaporkan kehilangan hampir separuh daripada kekayaannya sejak setahun lalu apabila sektor hartanah terjejas akibat masalah aliran tunai.

Berdasarkan indeks bilionair yang dikeluarkan kelmarin, Yang Huiyan yang merupakan pemegang saham majoriti di syarikat hartanah gergasi China, Country Garden menyaksikan nilai kekayaannya menurun lebih 52 peratus kepada AS$11.3 bilion (RM50.3 bilion) dari AS$23.7 bilion (RM105.5 bilion) pada tahun lalu.

Keadaan itu berlaku selepas Country Garden mengumumkan untuk menjual sejumlah saham baharunya untuk meningkatkan aliran tunai.

Huiyan mewarisi kekayaan itu daripada bapanya pada 2005, sebelum menjadi wanita terkaya Asia dua tahun kemudian.





Kini, Huiyan ‘hanya mampu bertahan’ dengan gelaran tersebut dan kedudukannya diikuti rapat oleh taikun gentian kimia, Fan Hongwei yang memiliki kekayaan berjumlah AS$11.2 bilion (RM49.8 bilion).


Disyorkan Untuk Anda :


Pihak berkuasa China ‘melakukan pembersihan lebihan hutang’ dalam sektor hartanah pada 2020, menyebabkan pemain industri utama seperti Evergrande dan Sunac bergelut untuk menyelesaikan pembayaran, sekali gus menjadikan mereka di ambang muflis.

Walaupun Country Garden tidak terjejas dengan kegawatan industri, situasi yang berlaku menakutkan pelabur apabila syarikat itu ingin menjual sahamnya bagi meningkatkan aliran tunai.

Hasil daripada penjualan saham itu akan digunakan untuk membiayai semula hutang sedia ada, modal kerja dan pembangunan masa depan.

Sektor hartanah dianggarkan menyumbang 18 hingga 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara ini. – AFP





Lima wanita terkaya Asia

  1. Yang Huiyan – AS$11.3 bilion (RMRM50.3 bilion)
  2. Fan Hongwei – AS$11.2 bilion (RM49.8 bilion)
  3. Savitri Jindal – AS$10.7 bilion (RM47.7 bilion)
  4. Wu Yajun – AS$10.4 bilion (RM46.3 bilion)
  5. Zhong Huijuan AS$8.7 bilion (RM38.7 bilion)

10 lelaki terkaya dunia ganda kekayaan ketika COVID-19

Wanita terkaya Asia hilang separuh kekayaan akibat krisis sektor hartanah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker