ZARINA ZAINUDDIN CEMAS TAYAR KERETA PECAH DI HIGHWAY

PAUT STERENG SEKUAT HATI ELAK LORI

ZARINA ZAINUDDIN CEMAS TAYAR KERETA PECAH DI HIGHWAY

ZARINA ZAINUDDIN CEMAS TAYAR KERETA PECAH DI HIGHWAY

Pelakon Zarina Zainuddin menerusi beberapa muat naik di laman Instagram miliknya, telah berkongsi keadaan dimana dia berdepan detik cemas apabila tayar kereta yang dipandunya tiba-tiba pecah di lebuhraya ketika dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju pulang ke Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Jelas Zarina yang bersama ibu dan salah seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan dia terpaksa mengawal kenderaan untuk berhenti di tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan peronda.

“Perjalanan pergi okey, tetapi apabila balik hujan lebat dan saya tidak pandu laju sebab bersama anak dan ibu. Ketika tayar kereta meletup, ada lori di laluan sebelah kiri dan saya hilang kawalan.





“Saya paut stereng kereta sekuat hati dan hanya mampu menjerit sebelum memandu ke bahu jalan. Nasib baik ketika kejadian tiada kereta lain di belakang saya,” katanya.

ZARINA ZAINUDDIN CEMAS TAYAR KERETA PECAH DI HIGHWAY

ZARINA ZAINUDDIN CEMAS TAYAR KERETA PECAH DI HIGHWAY

ZARINA ZAINUDDIN CEMAS TAYAR KERETA PECAH DI HIGHWAY





Cerita Zarina lagi, dalam keadaan cemas menunggu bantuan, dia juga berusaha menenangkan Azil yang terdesak mahu membuang air kecil. Disebabkan keadaan mereka di tepi lebuhraya dan keadaan tidak selamat, Zarina dan ibunya terpaksa bertahan menunggu di dalam kereta mereka.


Disyorkan Untuk Anda :


Sementara itu, Zarina memberitahu kepulangannya ke Perak adalah untuk menjemput ibunya dan perjalanan itu tidak dirancang malah tanpa pengetahuan suami. Gara-gara itu juga, Zarina turut dimarahi suami kerana tidak membuat perancangan lebih awal yang mungkin punca kejadian itu berlaku.

“Apabila sampai rumah, ingatkan nak mengadu dengan suami, tetapi akhirnya kena marah. Suami kata saya buat sesuatu tanpa perancangan. Saya beritahu suami, saya pulang kerana terlalu rindukan ibu. Saya curi-curi masa dan kebetulan ada kelapangan,” ujarnya.

 

Pelancong dari India maut van terbalik akibat tayar pecah





ZARINA ZAINUDDIN CEMAS TAYAR KERETA PECAH DI HIGHWAY


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker