Batal cubaan bunuh diri kerana tidak tahan kereta terbakar
Batal cubaan bunuh diri kerana tidak tahan kereta terbakar

JEMPOL: Masalah emosi dan keluarga menyebabkan seorang lelaki berusia 33 tahun cuba membunuh diri dengan membakar kereta Toyota Vios miliknya di dalam sebuah kebun getah dekat Kampung Bukit Tempurung di sini, petang semalam.
Bagaimanapun disebabkan tidak tahan dengan panas ketika berada dalam kereta yang sedang terbakar itu, menyebabkan mangsa keluar daripada kenderaan terbabit bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata polis menerima maklumat daripada orang ramai pada jam 7.03 malam tadi mengenai sebuah kereta terbakar dalam kebun terbabit.
Beliau berkata, mangsa kemudian ditemui orang ramai pada jam 8.30 pagi dalam keadaan tidak berpakaian, selain terdapat kesan melecur pada bahagian badan di tepi jalan kawasan Kampung Bukit Tempurung.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) dengan ambulans.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
“Ketika itu, mangda mendakwa disamun dua lelaki yang tidak dikenali menggunakan motosikal ketika berada di kawasan Juasseh, Kuala Pilah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chang Hook berkata, ketika siasatan lanjut polis, mangsa mengaku dakwaan kejadian samun itu adalah tidak benar.
Katanya, mangsa membakar sendiri keretanya dengan memasukkan kertas surat khabar ke dalam lubang tangki minyak dan kemudian membakar kertas itu dengan pemetik api.
“Tujuan mangsa berbuat demikian kerana tidak mahu masalah yang dialami diketahui ahli keluarganya. Justeru itu, pihak polis ingin menyeru kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video serta gambar yang telah tersebar di media sosial berkaitan kejadian ini.
“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 309 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.
Batal cubaan bunuh diri kerana tidak tahan kereta terbakar
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen