Bergson, Farizal cipta pencapaian baharu

Bergson, Farizal cipta pencapaian baharu

Bergson, Farizal cipta pencapaian baharu
Bergson muncul pemain antarabangsa terpantas jaring lebih 50 gol buat JDT. – Foto Ihsan JDT

KUALA LUMPUR: Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva muncul penyerang antarabangsa terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat Harimau Selatan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab JOHOR Southern Tigers, JDT menjelaskan pencapaian berkenaan dilakar penyerang dari Brazil itu apabila dia berjaya meledak satu gol ketika berdepan Sarawak United, Rabu lalu.

“Bergson pula berjaya muncul penyerang antarabangsa terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat JDT apabila berjaya meledak gol ke-51 peribadinya dalam 50 penampilan sejak 2021,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, menerusi kenyataan sama, penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias turut mencipta pencapaian baharu bersama JDT ketika aksi di Stadium Negeri, Kuching itu.





“Farizal Marlias membuat penampilan ke-200 sejak menyarung jersi Harimau Selatan pada 2015 dan menjadikan beliau pemain kedua selepas Safiq Rahim yang mempunyai lebih 200 penampilan dengan JDT,” jelas JDT.


Disyorkan Untuk Anda :


Tambah menarik, Syahmi Safari pula berjaya membuka akaun jaringan bersama JDT apabila menjaringkan gol ketiga Harimau Selatan ketika berdepan Sarawak United.

JDT yang juga juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut berada di kedudukan teratas liga musim ini dengan mengumpul 32 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.

Farizal tabik benteng JDT





Bergson, Farizal cipta pencapaian baharu

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker