Jet pejuang terhempas, dua juruterbang terkorban

Jet pejuang terhempas, dua juruterbang terkorban

Jet pejuang terhempas, dua juruterbang terkorban

NEW DELHI: Kementerian Pertahanan India memaklumkan dua juruterbang maut selepas sebuah jet pejuang era-Soviet terhempas di padang pasir barat Rajasthan berdekatan bandar Barmer.

Jet pejuang MiG-21 terhempas semasa menjalani latihan sekali gus meningkatkan kebimbangan keselamatan selepas beberapa insiden membabitkan pesawat itu.

Insiden itu mencatatkan nahas keenam sejak Januari tahun lalu, yang mengorbankan lima juruterbang.





Tentera Udara India (IAF) berkata, pesawat latihan itu ‘kemalangan’ dan siasatan bagi menentukan punca nahas sudah diarahkan.

“IAF bersimpati dengan kehilangan nyawa dan sentiasa bersama keluarga yang dirundung kesedihan,” kata tentera udara.

Jet MiG-21 mula memasuki perkhidmatan India pada 1960-an dan berkhidmat selama beberapa dekad sebagai tulang belakang tentera udaranya.


Disyorkan Untuk Anda :


Banyak kemalangan dalam beberapa dekad lalu, menyebabkan pesawat itu digelar ‘keranda terbang’ kerana rekod keselamatan yang lemah.

India melabur berbilion dolar bagi memodenkan tentera udaranya, inisiatif yang di dorong persaingan berdekad lamanya dengan Pakistan dan meningkatkan ketegangan dengan China.





Tenteranya membeli puluhan jet pejuang Rafale Perancis, dengan penghantaran bermula pada 2020.-AFP

Juruterbang terbunuh nahas pesawat tentera udara Pakistan

Jet pejuang terhempas, dua juruterbang terkorban


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker