Kompany raih tiga mata pertama Burnley
Kompany raih tiga mata pertama Burnley

LONDON: Perlawanan kompetitif pertama Vincent Kompany sebagai pengendali Burnley berakhir dengan kemenangan 1-0 ke atas Huddersfield Town dalam Liga Kejuaraan.
Bekas kapten Manchester City itu dilantik sebagai pengganti Sean Dyche bulan lalu berikutan penyingkiran Burnley dari Liga Perdana Inggeris.
Pemain sayap yang dipinjam dari Chelsea Ian Maatsen meledak gol tunggal perlawanan pada penampilan sulungnya untuk Burnley yang kembali ke divisyen dua selepas enam musim di Liga Perdana Inggeris.
Perlawanan semalam membuka tirai musim baharu Liga Kejuaraan lebih awal bagi memberi laluan kepada Piala Dunia di Qatar November ini.
Burnley sepatutnya menang lebih besar namun pemain remaja Dara Costelloe, yang juga membuat penampilan sulungnya, terlepas tiga peluang keemasan sebelum rehat.
Pengendali dari Belgium, Kompany memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris sepanjang 11 tahun menjadi pertahanan Man City. – AFP
Kompany raih tiga mata pertama Burnley
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen