Mahkamah Persekutuan Menolak Rayuan Penangguhan Kes SRC Tanpa Hujah Penolakan?

Mahkamah Persekutuan Menolak Rayuan

Mahkamah Persekutuan Menolak Rayuan Penangguhan Kes SRC Tanpa Hujah Penolakan?

Permohonan DS Najib untuk menangguhkan rayuan keputusan kes SRC yang bakal di dengar di Mahkamah Persekutuan telah ditolak.

Alasan DS Najib memohon penangguhan itu adalah kerana pertukaran barisan peguambela yang akan mewakili beliau.

Sebelum ini, DS Najib diwakili oleh Tetuan Shafee & Co dan diketuai oleh peguam kanan TS Shafee Abdullah.





Namun kini DS Najib diwakili oleh Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners dan diketuai oleh peguam kanan Hisyam Teh Poh Teik.

Asas kepada permohonan penangguhan ialah kerana barisan peguambela perlukan masa untuk meneliti fakta kes.

Walau pun Haniff Khatri pernah mendakwa apa yang dilakukan oleh DS Najib adalah bercanggah dengan amalan guaman.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/26/tukar-peguam-tangguh-bicara-bercanggah-kaedah-amalan-guaman-kata-haniff/





Namun seorang bekas hakim Mahkamah Sesyen, Nur Afizah Hanum Mokhtar, berpendapat ianya adalah amalan biasa dalam perbicaraan.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/980855/tukar-peguam-munasabah-tangguh-sebulan-dua-bulan-jika-kes-rumit

Edisi Siasat tidak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

Adalah menjadi amalan biasa bagi mahkamah mengemukakan hujah atas setiap keputusan yang telah dibuat.





Sebagai contoh, semasa menolak permohonan DS Najib untuk memasukkan bukti baharu, Mahkamah Persekutuan telah mengemukakan alasan penolakan.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/934778/rayuan-najib-untuk-memasukkan-bukti-baharu-ditolak

Tetapi, mengapakah kali ini tidak ada diberikan hujah penghakiman atas keputusan menolak rayuan DS Najib?

Baca di sini:





https://www.malaysiakini.com/news/630107

Adakah hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan merasakan tiada keperluan untuk memberikan alasan penolakan?

Sekali lagi Edisi Siasat tekankan, bukan kami mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Tetapi mengapakah kali ini amalan biasa perbicaraan bertukar?

Ini adalah kes yang berprofil tinggi dan mendapat perhatian dari bukan sahaja rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.





Sedikit amalan di luar kebiasaan akan menjejaskan keedibiliti badan kehakiman di mata dunia.

Keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan, tetapi mesti juga dilihat ditegakkan.

 

Mahkamah Persekutuan Menolak Rayuan Penangguhan Kes SRC Tanpa Hujah Penolakan?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker