MAK WAN LATAH MENGAKU TAK BERSALAH

DAKWAAN LUDAH PEMBANTU PERIBADI

MAK WAN LATAH MENGAKU TAK BERSALAH

MAK WAN LATAH MENGAKU TAK BERSALAH

Dihadapkan ke Mahkmah Majistret Taiping hari ini atas tuduhan meludah bekas pembantu peribadinya bulan lalu, pelakon Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur ‘Atiqah Sapari.

“Jangan viral (tular), okay,” demikian amaran diberi oleh Mak Wan Latah kepada petugas media yang merakam visual beliau sejurus sebelum memasuki kamar bicara Mahkmah Majistret.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.





Mak Wan didakwa Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan jumlah jaminan RM5,000.

Bagaimanapun, Yayasan Bantuan Guaman Kebngsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh meminta wang jaminan dikurangkan berikutan pendapatan tertuduh yang tidak menentu kerana bekerja sambilan selain merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 September depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

MAK WAN LATAH SEMPAT TUNAI UMRAH





MAK WAN LATAH MENGAKU TAK BERSALAH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker