Malaysia mudah jinak Zambia
Malaysia mudah jinak Zambia

BIRMINGHAM: Pasukan badminton campuran negara memulakan kempen pada temasya Sukan Komanwel 2022 dengan sempurna, apabila dengan mudah membenam Zambia 5-0 pada aksi pembukaan Kumpulan D, di sini hari ini.
Semua pemain Malaysia tidak berhadapan tentangan hebat, dari pasukan benua Afrika itu yangternyata bukan lawan mereka pada perlawanan berlangsung di The National Exhibition Centre (NEC).
Pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing memberikan mata pertama Malaysia selepas mudah mengalahkan pasangan Kalombo Mulenga-Ogar Siamupangila 21-6, 21-3.
Pemain perseorangan utama, Ng Tze Yong kemudiannya memberikan mata kedua dengan mengatasi Chongo Mulenga 21-8, 21-8.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Pemain persendirian perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei pula bermain tanpa sebarang tekanan apabila Elizabeth Chipleme yang melakukan kesilapan mudah, membantu pemain dari Pulau Pinang itu memberikan Malaysia mata ketiga dengan menang 21-1, 21-2.

Aaron-Wooi Yik menewaskan Chongo Mulenga-Kalombo Mulenga 21-13, 21-9, manakala Pearly-Thinaah menewaskan Elizabeth Chipeleme-Ogad Siamupangila, 21-3, 21-5.
Tze Yong yang ditemui selepas perlawanan itu berkata beliau masih perlu memberbaiki permainannya terutamanya dalam mengawal permainan untuk perlawanan seterusnya.
“Masih tidak dapat ‘feel’ lagi dan pergerakan bola di sini agak perlahan,” katanya.
Malaysia, yang buat kali terakhir memenangi pingat emas di Glasgow 2014, berpeluang untuk menempah tempat ke suku akhir lebih awal, apabila dijadualkan bertemu Jamaica pukul 7 petang di sini (2 pagi waktu Malaysia).
Pasukan kebangsaan itu akan melengkapkan perlawanan Kumpulan D, dengan bertemu Afrika Selatan, esok.
– BERNAMA
Malaysia mudah jinak Zambia
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen