Pasangan kembar ditahan tunggang motosikal aksi Superman
Pasangan kembar ditahan tunggang motosikal aksi Superman

KUALA BERANG: Ghairah melakukan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal membawa padah kepada pasangan kembar apabila mereka ditahan polis, petang tadi.
Kembar berusia 20 tahun dari Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, Dungun, itu ditahan ketika berhenti di hadapan sebuah stesen minyak jam 4.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kuala Berang, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata terdahulu pihaknya melakukan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti samseng jalanan di daerah berkenaan.
Beliau berkata, seramai 14 anggota daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Terengganu bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melakukan pemantauan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Katanya, ketika membuat pemerhatian di KM388 LPT2 jam 4.13 petang, pihaknya terserempak dengan dua lelaki menunggang motosikal secara berasingan sambil melakukan aksi ‘Superman’.
“Anggota kemudian mengekori motosikal terbabit sejauh dua kilometer sebelum menahan mereka di hadapan sebuah stesen minyak di pekan Ajil,” katanya menerusi kenyataan, hari Ini.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Mohd Adli berkata, pasangan kembar terbabit yang bekerja di sebuah ladang sawit di Ketengah Jaya, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang sambil meniarap di atas motosikal dengan meluruskan kedua-dua kaki ke belakang di mana aksi berkenaan sangat berbahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata, pihaknya turut menyita motosikal milik lelaki terbabit masing-masing jenis Yamaha 15Z bewarna sama iaitu hitam kelabu bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 64 APJ 1987.
Saman turut dikeluarkan atas kesalahan membabitkan nombor pendaftaran, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, lesen memandu tamat tempoh, cermin sisi dan aksesori tidak sempurna.
Pasangan kembar ditahan tunggang motosikal aksi Superman
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen