Perkelahan keluarga berakhir tragedi

Perkelahan keluarga berakhir tragedi

Perkelahan keluarga berakhir tragedi
Izham Mohamad Saupi ditemukan lemas di Lata Renyut, hari ini. – Foto ihsan JBPM

JELI: Perkelahan keluarga di Lata Renyut, di sini, hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.

Mangsa Izham Mohamad Saupi, 24, dari Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang mandi bersama tiga sepupunya sebelum ditemukan lemas.

Mangsa dikatakan ingin naik ke darat sebelum tergelincir dan sepupunya yang mandi bersama cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya disebabkan arus laju serta air dalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim, berkata berkata pihaknya menerima panggilan telefon pada jam 12.10 tengah hari yang memaklumkan ada mangsa lemas di lokasi perkelahan berkenaan.





“Sebaik menerima panggilan kecemasan itu, sembilan anggota dari BBP Jeli bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa dibawa naik orang awam, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis dan di hantar ke Hospital Jeli,” katanya.

Kepala air: Kawasan perkelahan di Changlun dinaiki air

Perkelahan keluarga berakhir tragedi


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker