Polis nafi pemandu OKU mabuk langgar orang

Polis nafi pemandu OKU mabuk langgar orang

Polis nafi pemandu OKU mabuk langgar orang
Kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Persona dengan sebuah motosikal di Taman Desa Melor, Senawang, semalam. NSTP/Ihsan pembaca.

SEREMBAN: Polis menafikan kes kemalangan yang tular mendakwa kereta dipandu lelaki orang kurang upaya (OKU) dalam keadaan mabuk melanggar pasangan suami isteri Taman Desa Melor, Senawang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata nahas berlaku kira-kira jam 2 petang, namun tidak membabitkan mana-mana OKU.

“Kejadian sebenar kemalangan tidak membabitkan mana-mana pemandu OKU yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan kenyataan yang tular ini adalah tidak benar.

“Ia berdasarkan siasatan awal oleh pegawai penyiasat daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban yang terus ke lokasi kira-kira jam 2 petang semalam selepas menerima laporan kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.





Nanda berkata, hasil siasatan pegawai penyiasat mendapati, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang wanita bersama seorang penumpang lelaki iaitu bapanya.


Disyorkan Untuk Anda :


“Ketika kejadian, kereta itu keluar dari simpang di lokasi kejadian menyebabkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa berusia 50 tahun bersama isterinya, 42, yang datang dari arah kiri tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi kiri kereta Proton Persona terbabit.

“Pemandunya hadir ke BSPTD Seremban untuk membuat laporan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Rule 3(2)(b) LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Kanak-kanak OKU maut lemas di Sungai Perak





Polis nafi pemandu OKU mabuk langgar orang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker