PUTERI SARAH LUAH RASA BANGGA

BERJAYA BELI KERETA IDAMAN RM250,000

PUTERI SARAH LUAH RASA BANGGA

PUTERI SARAH LUAH RASA BANGGA

“Alhamdulillah, selepas lima tahun menjadi suri rumah, saya bangkit dengan kembali bekerja. Sepanjang tahun lalu saya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itu dapatlah saya membeli kereta idaman sendiri.

“Mungkin orang melihat ia biasa, tapi bagi saya ia cukup bermakna. Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu bercakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami. Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, rasa terharu dan sebak dibuatnya.

“Tidak menjangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak,” itulah tutur pelakon Puteri Sarah yang bangga dengan pencapaian dirinya apabila berjaya membeli kereta mewah, Mercedes A-Class hasil titik peluhnya sendiri.





Puteri Sarah, 37, berkata, dia turut berkongsi detik manis itu bersama dua anaknya Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3. berkata akhirnya dia dapat memiliki kereta idamannya sekaligus membuktikan kepada mereka yang mengatakan dia hanya bergantung pada suami.

PUTERI SARAH LUAH RASA BANGGA

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mendorongnya untuk kembali bekerja dan meluahkan rasa syukur banyak rezeki tawaran berlakon diterima.


Disyorkan Untuk Anda :


“Datuk pernah cakap buat apa saya nak terperap di rumah dan terus bersedih. Lebih baik keluar bekerja. Alhamdulillah, saya masih diterima baik dan tawaran berlakon tak pernah putus sampai sekarang.

“Dalam masa sama, setiap apa yang saya usahakan mendapat sokongan semua. Terima kasih banyak kepada semua peminat dan orang ramai atas doanya yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” ujarnya.





PUTERI SARAH LUAH RASA BANGGA

PUTERI SARAH : MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA

PUTERI SARAH LUAH RASA BANGGA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker