Rompak guna tukul, 3 penjenayah tumpas kurang 24 jam

Rompak guna tukul, 3 penjenayah tumpas kurang 24 jam

Rompak guna tukul, 3 penjenayah tumpas kurang 24 jam
Antara barangan dirampas susulan penahanan tiga suspek kes rompakan di Taman Scientex. – Foto ihsan polis

PASIR GUDANG: Tiga penjenayah bersenjatakan tukul ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas disyaki merompak dua premis berbeza di Taman Scientex, di sini, awal pagi semalam.

Suspek berusia antara 21 hingga 27 tahun ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar kawasan ini dan Johor Bahru antara jam 4 petang hingga 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, mengesahkan tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati seorang daripada suspek memiliki empat rekod jenayah, manakala dua lagi masing-masing mempunyai satu rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.





“Dalam serbuan itu, kita turut merampas pelbagai barangan termasuk tukul yang dipercayai digunakan dalam rompakan, selain topi keledar, kad mesin juru wang automatik (ATM), jaket, telefon bimbit dan beg sandang,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.


Disyorkan Untuk Anda :


Mengulas rompakan terbabit, Mohd Sohaimi berkata kes pertama dilapor berlaku jam 1.25 pagi di sebuah kedai serbaneka di Taman Scientex, di sini apabila tiga suspek bersenjatakan tukul merampas wang tunai di meja kaunter dan telefon bimbit milik pekerja iaitu seorang remaja perempuan berusia 18 tahun.

Kes kedua pula, katanya berlaku jam 2.45 pagi apabila perompak merampas beg seorang pekerja hotel bajet berusia 21 tahun di kawasan perumahan sama.

“Hasil tangkapan kita yakin berjaya menyelesaikan kedua-dua kes berkenaan, dengan ketiga-tiga suspek direman tujuh hari sehingga 4 Ogos depan untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ukraine siasat 5,600 dakwaan jenayah perang oleh Russia





Rompak guna tukul, 3 penjenayah tumpas kurang 24 jam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker