Ronaldo bakal beraksi esok

Ronaldo bakal beraksi esok

Ronaldo bakal beraksi esok
Cristiano Ronaldo memberi isyarat yang dia akan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano di Old Trafford esok. – Foto AGENSI

LONDON: Cristiano Ronaldo memberi isyarat yang dia akan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano di Old Trafford esok walaupun masa depannya masih menjadi tanda tanya.

Penyerang 37 tahun Portugal itu, yang terlepas jelajah pra-musim ke Thailand dan Australia atas alasan peribadi, sedang berusaha mencari kelab yang bersaing di Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldo tidak bersama skuad untuk aksi persahabatan berdepan Atletico Madrid di Oslo, tetapi dia berkata akan menentang satu lagi skuad La Liga di Rayo Vallecano.

“Domingo o rei joga (Ahad ini raja bermain),” kata Ronaldo di Instagram.





United sebelum ini berkata pemain yang tidak terbabit dalam skuad 21 orang ke Oslo – antaranya pemain baharu Lisandro Martinez dan Christian Eriksen – akan beraksi di Old Trafford menentang Rayo Vallecano.

Pengendali baharu Erik ten Hag, awal bulan ini menegaskan Ronaldo tidak akan dijual dan pemain itu berada dalam perancangannya.

“Kami ada perancangan untuk Cristiano Ronaldo untuk musim ini dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya,” kata Ten Hag. – AFP

PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





Ronaldo bakal beraksi esok


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker