ZAMANI AKUI TAKUT PEMBEDAHAN TAPI ENGGAN BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT

PAK NIL SERAH SUMBANGAN RM120,000

ZAMANI AKUI TAKUT PEMBEDAHAN TAPI ENGGAN BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT

ZAMANI AKUI TAKUT PEMBEDAHAN TAPI ENGGAN BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi di laman Instagram, penyanyi Zamani telah berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya. Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, turut menjelaskan proses untuk melakukan pembedahan tulang belakang memerlukan masa memandangkan dia perlu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu turut mengakui masih berasa takut untuk melakukan pembedahan tersebut kerana bimbang akan kesan sampingan yang perlu ditanggung kelak. Bagaimanapun atas nasihat doktor, Zamani tidak menolak untuk melakukan pembedahan bagi menyembuhkan penyakit Skoliosis atau masalah tulang belakangnya itu.

“Buat masa sekarang saya perlu merujuk kepada pakar neurologi kerana ada banyak proses akan diambil kira sebelum melakukan pembedahan. Berdasarkan pemeriksaan X-ray dan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), saya difahamkan terdapat banyak kedudukan saraf sekitar kawasan tulang belakang jadi sedikit rumit untuk melakukan pembedahan,” jelas Zamani.





Dalam rakaman itu, Aznil turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang dilakukannya sekitar Jun lalu.
ZAMANI AKUI TAKUT PEMBEDAHAN TAPI ENGGAN BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT

“Mereka bukan sahaja menyumbang wang ringgit, tetapi mendoakan agar kesihatan Zamani pulih. Saya sungguhnya terpanggil untuk mengadakan kutipan ini kerana memikirkan bagaimana Zamani ingin buat persembahan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Jadi saya lakukannya dalam diam dan bersyukur dalam tempoh yang singkat, ramai yang tampil membantu. Biarpun ada yang menyumbang 50 sen sekalipun. Penerbit Datuk A.Aida juga tampil menyumbang RM5,000. Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang membantu Zamani,” kata Aznil.

Sementara itu, Zamani turut memberitahu, dia ada menonton pembedahan tersebut secara dalam talian menerusi YouTube. Mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan tersebut, Zamani bagaimanapun akur apabila penyakit yang dihidapinya semakin menjejaskan kesihatan.

ZAMANI AKUI TAKUT PEMBEDAHAN TAPI ENGGAN BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT





“Saya memang takut untuk membuat pembedahan ini. Dan Saya juga ada melihat di YouTube dan mengakui pembedahan itu bukan sesuatu yang mudah. Saya juga fikir untuk melakukan pembedahan secara robotik iaitu dengan cara penebuk lubang dan masukkan besi pada tulang belakang. Tetapi, walaupun menebuk lubang, hal itu tetap satu pembedahan yang agak menakutkan.

“Kalau diikutkan saya tidak mahu membuat pembedahan, tetapi tidak ada cara lain melainkan makan ubat tahan sakit. Sampai bila harus bergantung kepada ubat dan akan menjejaskan buah pinggang. Sekarang saya berasa semakin tidak selesa sehinggakan sukar untuk tidur malam. Sekarang tulang semakin membengkok dan menghimpit rusuk kiri,” katanya.

Penyakit tersebut mula disedari Zamani sekitar 2015 selain pernah mengakui jatuh terlentang ketika berada di rumah: “Waktu itu saya ingin segera ke tandas, berlari dan ketika itu ada air yang mengalir daripada peti ais membuatkan saya terjatuh. Saya ambil masa agak lama juga untuk bangun selepas jatuh itu,” terangnya.

ZAMANI AKUI TAKUT PEMBEDAHAN TAPI ENGGAN BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT

ZAMANI – JUAL MAKANAN DALAM TALIAN





ZAMANI AKUI TAKUT PEMBEDAHAN TAPI ENGGAN BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker