Empat pemain skuasy negara mara pusingan ketiga

Empat pemain skuasy negara mara pusingan ketiga

Empat pemain skuasy negara mara pusingan ketiga
Gambar fail – Aifa Azman. – Foto NSTP/Hafiz Suhaimi

BIRMINGHAM: Empat pemain negara menampilkan aksi bertenaga apabila mara ke pusingan ketiga acara skuasy pada Sukan Komanwel 2022, di sini, hari ini.

Pemain wanita, Aifa Azman, mengetuai cabaran barisan pemain Malaysia ke pusingan seterusnya selepas mengatasi lawan masing-masing pada pusingan kedua acara itu yang berlangsung di Pusat Skuasy dan Hoki Universiti Birmingham,

Aifa mara selepas menumpaskan pemain India, Sunayna Sara Kuruvilla, 11-8, 11-7, 11-7, dalam acara perseorangan wanita.

Pemain kebangsaan berusia 20 tahun itu dijadual berdepan pemain Kanada, Hollie Naughton, di pusingan ketiga.





Rachel Arnold meneruskan rentak kecemerlangan Aifa apabila menumpaskan pemain Pakistan, Amna Fayyaz, 11-3, 11-2, 11-5, dan akan bertemu Tesni Evans dari Wales di pusingan seterusnya.


Disyorkan Untuk Anda :


Chan Yiwen melengkapkan kemenangan bergaya pemain wanita negara apabila mengalahkan Faiza Zafar dari Pakistan 11-3, 11-6, 11-5, dan menanti beliau di pusingan ketiga ialah pemain tuan rumah, Perry Sarah-Jane.

Dalam acara perseorangan lelaki, Ivan Yuen Chee Wern terpaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan pemain Australia, Rhys Dowling, 11-9, 9-11, 11-5, 11-4.

Beliau akan menentang Greg Lobban dari Scotland di pusingan berikutnya.

Kemaraan seorang lagi wakil negara, Mohammad Syafiq Mohd Kamal dalam acara perseorangan lelaki, bagaimanapun, tersekat apabila tumpas kepada pemain Wales, Emyr Evans, 8-11, 3-11, 11-7, 7-11.





Perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung esok (Ahad).

– BERNAMA

Aifa cipta magis juarai Terbuka Malaysia

Empat pemain skuasy negara mara pusingan ketiga


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker