Haliza, Azhar sanjung jasa Allahyarham Mohd Noor

Haliza, Azhar sanjung jasa Allahyarham Mohd Noor

Haliza, Azhar sanjung jasa Allahyarham Mohd Noor
Coretan Azhar melalui hantaran Instagram (IG) mengenang pemergian Allahyarham Mohd Noor yang disifatkan sebagai pencipta kandungan yang bijaksana. Foto IG Azhar Sulaiman

KUALA LUMPUR: Pelakon Haliza Misbun tidak menyangka perbualan bersama Allahyarham Mohd Noor Kadir melalui telefon, Januari lalu, menjadi kenangan terakhirnya bersama penerbit disegani itu.

Haliza yang pertama kali bekerjasama dengan Allahyarham Mohd Noor menerusi drama Cinderella, kini faham ada sebab arwah tidak lagi berhubung, malah, mendiamkan diri, selepas perbualan itu.

“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah pada 2 Ogos 2017 iaitu pada pelancaran filem Pencuri Hati Mr Cinderella. Awal tahun ini, kami berhubung bagi membincangkan projek supertele bersama Astro.

Haliza, Azhar sanjung jasa Allahyarham Mohd Noor
Foto kenangan pertemuan Haliza bersama Ahmad Idham Ahmad Nadzri (kiri) dan arwah Mohd Noor pada majlis pelancaran filem Pencuri Hati Mr Cinderella pada 2017. Foto Ihsan Haliza Misbun

“Namun, perbincangan itu terhenti begitu sahaja tanpa khabar berita. Selepas pemergian arwah, kelmarin, saya mengerti bahawa selepas detik itu, Mohd Noor rupa-rupanya berjuang dengan masalah kesihatan yang meruncing,” katanya kepada BH Online.






Disyorkan Untuk Anda :


Pada jam 1.57 pagi kelmarin, Allahyarham Mohd Noor menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat kanser tahap empat yang belum dipastikan jenisnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn Bhd itu meninggalkan balu, Rabuzah Aksah, 64, dan enam anak.

Jenazah Allahyarham Mohd Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di sini, pada jam 12 tengah hari, kelmarin.

Mengimbau detik diberi kepercayaan Allahyarham Mohd Noor untuk membintangi drama rantaian popular, Cinderella, Haliza berkata, satu soalan yang dikemukakan kepada arwah menjadi faktor dirinya diterima memegang watak Nurul dalam naskhah terbabit.

“Saya tidak bertanya soal bayaran yang diterima untuk satu episod. Sebaliknya, saya bertanya bagaimana dia hendak saya bawa watak itu?





“Itu sudah jelas membuktikan keghairahan dalam bidang seni yang tidak didasari wang ringgit semata-mata. Itulah yang dimahukan Allahyarham terhadap mereka yang terbabit dalam karyanya,” katanya.

Haliza berkata, jika diteliti secara mendalam skrip nukilan arwah, apa yang diluahkan adalah refleksi dirinya yang memiliki ilmu kerohanian tinggi.

“Namun, arwah tidak pernah mendabik dada jauh sekali tunjuk pandai pada orang lain.

“Sebaliknya, arwah hanya berkongsi pengetahuan secara harus melalui medium seni. Sejujurnya, saya bukan pilihan utama untuk drama Cinderella, namun, arwah pilih saya disebabkan soalan yang diajukan itu,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Azhar Sulaiman yang pernah membintangi drama Cinta Korporat, terkilan tidak dapat mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Mohd Noor kerana terbabit dengan penggambaran di Sungai Lembing, Pahang.





Azhar berkata, biarpun jarang berhubung dengan arwah, anak Mohd Noor yang dikenali sebagai Shila sering mengemas kini perkembangan bapanya.

“Saya sudah lama tidak berjumpa arwah. Namun, anaknya ada menghubungi saya, baru-baru ini untuk memaklumkan keadaan bapanya.

“Saya sangat terkilan kerana tidak sempat ziarah arwah ketika sakit kerana terikat dengan jadual penggambaran padat.

Haliza, Azhar sanjung jasa Allahyarham Mohd Noor
Azhar terkilan tidak sempat mengunjungi arwah Mohd Noor ketika dirawat berikutan jadual penggambaran padat. Foto IG Azhar Sulaiman

“Sepatutnya, saya berada di sisi mereka memberi sokongan lebih-lebih lagi pada waktu sukar begini,” katanya.

Bercerita mengenai arwah, Azhar berkata, perlakuannya yang dianggap unik dan mungkin tidak diketahui ramai adalah tabiatnya menulis skrip menggunakan pensil 2B.





“Mungkin ramai tidak tahu, arwah tulis skrip guna pensil 2B, bukan komputer seperti penulis skrip lain. Tulisannya sangat kemas dan cantik.

“Drama dihasilkan arwah berbeza berbanding penerbit lain. Arwah adalah seorang jurutera, jadi skrip yang dihasilkan lain daripada yang lain.

“Contohnya dalam drama lakonan saya Cinta Korporat, arwah pandai mengolah drama itu dengan mengadunkan kisah cinta ke dalam dunia korporat dan hasilnya cukup menarik,” katanya.

Azhar berkata, arwah banyak berjasa kepada pelakon baharu yang terkenal selepas muncul dalam produksi Kuasatek Pictures.

“Kita kehilangan insan yang begitu penting dalam industri sebagai pencipta kandungan yang bijaksana,” katanya.





PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

Haliza, Azhar sanjung jasa Allahyarham Mohd Noor


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker