Mane buka akaun jaringan Bayern

Mane buka akaun jaringan Bayern

Mane buka akaun jaringan Bayern
Penyerang Bayern Munich Sadio Mane menjulang trofi Piala Super Jerman selepas menewaskan RB Leipzig di Red Bull Arena. – Foto AFP

BERLIN: Sadio Mane menjaringkan gol kompetitif sulungnya untuk Bayern Munich ketika juara Bundesliga itu menewaskan Leipzig 5-3 bagi memenangi Piala Super Jerman buat kali ke-10.

Pemain Terbaik Afrika itu, yang menamatkan karier enam tahun di Liverpool pada musim panas ini, turut menyaksikan dua jaringannya di Red Bull Arena dibatalkan kerana ofsaid.

“Saya amat gembira memenangi perlawanan dan trofi pertama. Saya amat gembira dapat menjadi sebahagian daripada kelab hebat ini,” kata Mane.

Pengendali Bayern Juliann Nagelsmann menegaskan pasukannya berhak memenangi perlawanan berkenaan.





“Kami beraksi dengan baik di babak pertama tetapi dari minit ke-60 anda dapat lihat yang kami mula keletihan.

“Kami baru berlatih 19 hari, anda kena ingat itu. Kami berhak dengan kemenangan ini, itu jelas sekali,” kata Nagelsmann.


Disyorkan Untuk Anda :


Bayern yang memulakan kempen baharu tanpa peledak utamanya Robert Lewandowski yang menyertai Barcelona, mendahului permainan pada minit ke-14 menerusi Jamal Musiala.

Bintang Senegal, Mane meledak gol kedua pasukannya pada minit ke-31, disusuli gol ketiga oleh Benjamin Pavard sejurus sebelum rehat.

Leipzig merapatkan jurang menerusi tandukan Marcel Halstenberg pada minit ke-59, tetapi Bayern kembali tiga gol di depan tiga lima minit kemudian menerusi jaringan Serge Gnabry.





Leipzig meledak gol kedua hasil sepakan penalti Christopher Nkunku (m-77) dan Dani Olmo menjadikan kedudukan 4-3 pada minit ke-89.

Bayern bagaimanapun memastikan kemenangan menerusi Leroy Sane pada minit kelapan masa kecederaan.

Bayern memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Bundesliga dengan kunjungan ke Eintracht Frankfut Jumaat ini. – AFP

Nunez tunjuk bisa ledak 4 gol





Mane buka akaun jaringan Bayern


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker