Maut dipukul kerana hubungan intim

Maut dipukul kerana hubungan intim

Maut dipukul kerana hubungan intim
GAMBAR hiasan

Kuching: Polis menahan dua lelaki susulan kematian remaja lelaki ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, mangsa yang berusia 18 tahun itu parah selepas dipercayai dipukul di pusat komersil di Jalan Tun Jugah, di sini.

Menurutnya, mangsa kemudian menerima rawatan di HUS dan polis menerima laporan berhubung kejadian itu, 1 pagi, semalam.

“Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 50 tahun.





“Kes itu kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh apabila mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Merbin berkata, kejadian itu dipercayai berpunca hubungan intim anak perempuan seorang daripada suspek dengan mangsa.

Menurutnya, dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Polis kesan kumpulan individu kes lelaki dipukul





Maut dipukul kerana hubungan intim


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker