Nunez wira Liverpool atasi Man City
Nunez wira Liverpool atasi Man City

LEICESTER: Liverpool menewaskan Manchester City menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 dalam aksi Perisai Komuniti di Stadium King Power.
Darwin Nunez memberi impak segera buat skuad kendalian Jurgen Klopp dengan memenangi sepakan penalti sebaik dimasukkan, dan meledak gol pertamanya sejak perpindahan dari Benfica.
Peledak baharu City yang cemerlang ketika aksi pra-musim, Erling Haaland yang tiba dari Borussia Dortmund, sebaliknya tenggelam pada aksi bertemu Liverpool.
“Dia (Nunez) bagus. Hari ini kami melakukan hantaran-hantaran bijak. Kita lihat Darwin dalam situasi baik. Dia menggunakan ruang dan menyudahkannya dengan baik.
“Semua pemain gantian memberi impak. Ia perkara paling penting saya pelajari hari ini, yang semua pemain sudah bersedia,” kata Klopp.
Trent Alexander-Arnold meletakkan Liverpool di depan pada babak pertama, namun seorang lagi penyerang baharu City, Julian Alvarez yang menyinar dengan meledak gol penyamaan selepas rehat.
Disyorkan Untuk Anda :
- Akta SOSMA Di Lanjutkan Tetapi Di Mana Profesionalisma Ahli Parlimen!!!
- Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mengkhianati Asas Demokrasi Di Malaysia?
- Terdedah Penipuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Mohamed Salah kembali meletakkan Liverpool di depan dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas tandukan Nunez terkena tangan Ruben Dias.
Pemain Uruguay itu kemudian menjaringkan gol dengan tandukan dalam masa kecederaan.
Ia adalah kemenangan pertama Liverpool dalam aksi pembuka tirai itu sejak tahun 2006. – AFP
Nunez wira Liverpool atasi Man City
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Lawati Laman :
PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen