‘Pingat ini untuk hadiah hari jadi ayah’

‘Pingat ini untuk hadiah hari jadi ayah’

'Pingat ini untuk hadiah hari jadi ayah'
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraihkan kejayaan memenangi pingat gangsa dalam acara lelaki keirin pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Lee Valley Velo Park, London, pada Sabtu. – Foto BERNAMA

LONDON: Ibarat menang pingat emas.

Demikian reaksi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom selepas meraih gangsa acara akhir keirin lelaki pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, hari ini.

Selepas banyak kali kecundang pada peringkat akhir dalam kejohanan mahupun temasya sukan sebelum ini, Muhammad Firdaus Shah mengakui amat teruja dengan pingat pertama diraihnya pada temasya sukan berprestij itu.

Bukan itu sahaja, pelumba berusia 26 tahun itu juga mendedikasikan kejayaannya untuk bapanya, Sahrom Osman yang menyambut hari jadi pada 10 Ogos ini.





“Saya datang balik ke temasya ini untuk bangkit semula selepas tersingkir awal pada peringkat saringan di edisi lepas di Gold Coast, Australia, pada 2018.

“Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa tak dapat menang emas sebab dah lama kita ketandusan emas dalam acara ini,” katanya kepada Bernama di Lee Valley VeloPark, di sini.


Disyorkan Untuk Anda :


Pelumba dari Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul menampilkan kayuhan bertenaga untuk meraih emas manakala Jack Carlin dari Scotland pula merangkul perak dalam acara tersebut.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara keirin lelaki adalah pada edisi 2010 di New Delhi menerusi Josiah Ng.

Beliau pada masa sama memaklumkan pesanan yang diberikan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang benar-benar meningkatkat motivasinya untuk melakar pencapaian membanggakan dalam kariernya.





“Sedih sikit Azizulhasni tiada di sisi sebab hubungan kami macam adik dan abang, kalau bersaing dalam acara keirin pun kami pastikan jarak tak terlalu jauh di antara satu sama lain.

“Azizulhasni beritahu kayuhan saya mantap dan saya juga pelumba kedua terpantas dalam acara itu juga, dia bagi tahu hanya ikut naluri dan kayuh dengan sepenuh hati” tambahnya.

Mohd Azizulhasni terlepas aksi di temasya sukan empat tahun itu selepas masih lagi menjalani proses pemulihan susulan pembedahan jantung, April lepas.

Mengulas mengenai prestasi hari ini, Shah Firdaus, yang mengungguli pusingan pertama dan kedua, menjelaskan tidak dapat mengulangi pencapaian tersebut selepas sukar melepaskan diri daripada kepungan kelompok pelumba di hadapan yang menyebabkannya tidak berupaya membawa pulang emas.

Sementara itu, beliau yang akan kembali beraksi dalam acara pecut esok, berkata peluang agak sukar baginya namun berazam untuk sekurang-kurangnya mara ke akhir.





– BERNAMA

Kejutan hadiah motosikal menjadi, rasmi bawa pergi masjid!

‘Pingat ini untuk hadiah hari jadi ayah’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker