Shah Firdaus menang gangsa keirin

Shah Firdaus menang gangsa keirin

Shah Firdaus menang gangsa keirin
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kanan) meraihkan kejayaan memenangi gangsa di podium bersama pemenang pingat emas, Nicholas Paul (tengah) dari Trinidad and Tobago dan Jack Carlin dari Scotland yang meraih pingat perak dalam acara lelaki keirin pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Lee Valley Velo Park, London pada Sabtu. -Foto BERNAMA.

LONDON: Penantian selama lapan tahun pelumba berbasikal trek negara untuk memenangi pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel akhirnya berakhir pada edisi ke-22, apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa di sini, hari ini.

Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago merangkul emas pada temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham itu manakala perak menjadi milik pelumba Scotland, Jack Carlin, pada acara yang berlangsung di Lee Valley VeloPark, di sini.

Kali terakhir Malaysia menaiki podium bagi acara itu adalah melalui jaguh trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atau mesra disapa Jijoe apabila memenangi pingat gangsa di Glasgow, Scotland, pada edisi 2014.

Josiah Ng adalah pelumba negara terakhir merangkul pingat emas pada edisi ke-19 di New Delhi pada 2010.





— BERNAMA

Nurul Izzah raih gangsa keirin

Shah Firdaus menang gangsa keirin


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker