SHUIB AKUI SELALU BERSEDIH INGAT ARWAH SITI SARAH

"SAYA REDA, CUMA RINDU YANG SANGAT UNIK" -

SHUIB AKUI SELALU BERSEDIH INGAT ARWAH SITI SARAH

SHUIB AKUI SELALU BERSEDIH INGAT ARWAH SITI SARAH

Perkongsian pelawak Shuib di laman Instagram miliknya dimana dia memaklumkan semalam genap setahun pemergian isteri tercintanya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengikut kalendar Islam itu telah menjadi perhatian.

Shuib berkata dia tidak dapat mengawal diri apabila mengimbas kembali detik pemergian arwah isterinya itu pada 9 Ogos lalu. Katanya lagi, dia harus reda dengan pemergian isterinya itu namun mengakui setiap hari teringatkan bidadarinya itu.

“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama. Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa gagal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini.





“Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan arwah. Saya akan selalu bersedih, tetapi insya-Allah, saya reda dengan ketentuan ini. Saya bersyukur segala yang Allah beri dan aturkan untuk saya. Dengan apa yang dilalui, saya yakin Allah mahu berikan lebih baik untuk saya dan anak-anak, insya-Allah,” katanya.

SHUIB AKUI SELALU BERSEDIH INGAT ARWAH SITI SARAH

Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkongsikan arwah tidak pernah hadir dalam mimpinya namun anak-anaknya pernah bermimpikan ibu mereka.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya sangat berharap dapat bertemu arwah dalam mimpi. Setahu saya, anak-anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin pernah bermimpikan arwah. Cuma, saya dan bapa mentua belum lagi.

“Saya hanya pernah bermimpi saya mencari-cari arwah, tetapi tidak berjumpa. Mimpi dapat melihatnya depan mata, belum lagi hadir. Saya berharap sangat dapat mimpikan arwah,” ujarnya.





Menteri UMNO Di Lihat Selalu Mengadap Abahkau, Siapa?

SHUIB AKUI SELALU BERSEDIH INGAT ARWAH SITI SARAH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker