Sukan Komanwel: Emas buat negara, tahniah Aniq dan Aznil! – PM

Sukan Komanwel: Emas buat negara, tahniah Aniq dan Aznil! – PM

Sukan Komanwel: Emas buat negara, tahniah Aniq dan Aznil! - PM
Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada dua atlet angkat berat negara yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara masing-masing pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, hari ini.

Perdana Menteri dalam hantaran melalui Facebook beliau, menzahirkan ucapan itu kepada Mohamad Aniq Kasdan yang berjaya menyumbang pingat emas pertama kepada Malaysia pada temasya sukan berkenaan melalui kategori 55 kilogram (kg).

Sukan Komanwel: Emas buat negara, tahniah Aniq dan Aznil! - PM
Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Alhamdulillah, pingat emas pertama untuk kontinjen negara di Sukan Komanwel 2022! Tahniah Mohamad Aniq Kasdan yang cemerlang dengan angkatan keseluruhan 249kg bagi memberi pingat pertama negara.

“Lebih manis, pencapaian Aniq ini merupakan rekod kejohanan yang baharu serta penampilan pertama beliau di kejohanan terbesar dunia





“Syabas saya ucapkan! Semoga atlet kita yang lain akan terus menyumbang lebih banyak pingat buat negara,” katanya.

Mohamad Aniq, 20, menampilkan aksi bertenaga sehingga meraih emas dalam kategori 55kg lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada seorang lagi atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin yang menyumbang pingat emas kedua negara melalui kategori 61kg pada temasya sukan berkenaan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Satu lagi pingat emas daripada skuad angkat berat negara!





“Tahniah Muhamad Aznil Bidin yang berjaya mengekalkan pingat emas yang beliau menangi pada edisi 2018.

Beliau juga berjaya memecahkan rekod kejohanan yang baharu dengan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.

“Ayuh kekalkan momentum ini dan terus berjuang!” katanya.

Anak kelahiran Kedah itu melakukan angkatan snatch 127kg dan clean & jerk 158kg.

Aniq cipta sejarah di Uzbekistan





Sukan Komanwel: Emas buat negara, tahniah Aniq dan Aznil! – PM


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker