3 direman 7 hari kes dera kanak-kanak
3 direman 7 hari kes dera kanak-kanak

JEMPOL: Tiga individu direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.
Majistret Saiful Sayoti mengeluarkan perintah reman itu di mahkamah Kuala Pilah, bermula hari ini hingga 6 Ogos terhadap kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun didapati mempunyai kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badannya, dipercayai akibat didera oleh bapa dan ibu saudara sejak Mei lalu.
Ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya itu untuk dijaga oleh suspek dengan bayaran RM300 sebulan, kerana bekerja di Johor.
Kanak-kanak itu dilapor diselamatkan oleh ibu saudara kepada ibu mangsa selepas menyedari kejadian berkenaan, sebelum ibu mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu.
3 direman 7 hari kes dera kanak-kanak
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Lawati Laman :
Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15