3 lelaki ditahan kerana tatu Geng 04

3 lelaki ditahan kerana tatu Geng 04

3 lelaki ditahan kerana tatu Geng 04
Anggota polis dan Jabatan Imigresen memeriksa dokumen warga Rohingya di sekitar Kampung Pengkalan Rama Pantai.- NSTP/ MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

MELAKA: Tiga lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 04’ antara 45 individu ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di negeri ini, malam tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, ketiga-tiga suspek berusia 40 hingga 46 tahun itu ditahan pasukan Op Cantas selepas masing-masing dikesan memiliki tatu berkaitan Geng 04 yang diharamkan pada anggota badan mereka.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan untuk tindakan lanjut mengikut mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Mengulas serbuan Zainol berkata operasi selama enam jam bermula 10 malam itu membabitkan kerjasama pihaknya dan Jabatan Imigresen Malaysia, dengan fokus utama pencegahan jenayah dan menahan penjenayah dikehendaki termasuk dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI).





Keseluruhannya sepanjang operasi, katanya 600 individu diperiksa termasuk 90 warga asing dan 45 ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah.

Disyorkan Untuk Anda :


 

“Daripada jumlah itu, 34 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jabatan Imigresen turut menahan lima warga Rohingya mengikut Seksyen 51(3) dan 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada sebarang dokumen dan menggunakan dokumen palsu,” katanya memaklumkan semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk tujuan dokumentasi.

3 lelaki ditahan kerana tatu Geng 04
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Wan Azlan Wan Mamat, melakukan pemeriksaan ketika sekatan jalan raya di pintu gerbang Melaka di Ayer Keroh. – NSTP/ MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

Beliau berkata, sepanjang operasi sama juga 449 kenderaan diperiksa dan 111 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.





Sementara itu, wartawan yang turut serta dalam operasi polis bersama Jabatan Imigresen di Kampung Pengkalan Rama dan di Semabok mendapati warga Rohingya berlagak ‘kebal’ dengan alasan memiliki kad atau surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika pemeriksaan.

BABY SHIMA DIKECAM PUNYAI ‘TATU’ DI DADA?

3 lelaki ditahan kerana tatu Geng 04

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15





 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker