Asrama SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail terbakar

Asrama SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail terbakar

Asrama SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail terbakar
Asrama pelajar lelaki SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail di Pedas, Rembau, Negeri Sembilan terbakar 80 peratus tengah hari tadi. – FOTO FB/TULAR

SEREMBAN: Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau terbakar 80 peratus tengah hari tadi.

Menurut bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.18 tengah hari, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Izwan Md Said, berkata pasukannya tiba di lokasi kejadian kira-kira tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan bangunan asrama lelaki di tingkat tiga yang mempunyai kira-kira 10 bilik dan berkeluasan 40×200 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan.





Asrama SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail terbakar
Tangkap layar anggota bomba memadamkan kebakaran Asrama pelajar lelaki SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail di Pedas, Rembau, Negeri Sembilan, tengah hari tadi. – VIDEO FB/TULAR

Beliau berkata, operasi pemadaman yang turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota serta Senawang itu tamat sepenuhnya jam 3.51 petang, manakala punca kejadian sedang disiasat. – BERNAMA

 

8 pelajar sekolah agama maut, asrama terbakar

Asrama SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail terbakar

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker