Cabaran Shah Firdaus acara pecut berakhir di suku akhir

Cabaran Shah Firdaus acara pecut berakhir di suku akhir

Cabaran Shah Firdaus acara pecut berakhir di suku akhir
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom. Foto BERNAMA

BIRMINGHAM: Perjuangan pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, untuk meraih pingat kedua selepas gangsa acara keirin lelaki, semalam, terhenti secara mengejut dalam acara pecut di temasya Sukan Komanwel 2022, di sini, hari ini.

Walaupun berjaya memberikan cabaran sengit kepada pelumba Australia, Matthew Richardson, Shah Firdaus akhirnya tewas 1-2 pada saingan peringkat suku akhir di Lee Valley Velo Park, London.

Richardson bermula dengan cemerlang untuk memenangi perlumbaan pertama sebelum Shah Firdaus memberi cahaya harapan kepada kem Malaysia dengan melonjakkan kemenangan dalam perlumbaan kedua untuk menetapkan penentuan.

Bagaimanapun, Richardson kemudiannya meningkatkan kayuhan untuk melepasi garisan penamat di hadapan pelumba Malaysia itu untuk menempah tempat ke separuh akhir.





Shah Firdaus sebelum itu menewaskan Sam Dakin dari New Zealand 1-0 dalam pusingan final 1/8 dan juga yang ketujuh terpantas dalam pusingan kelayakan dengan catatan masa 9.846 saat (s).

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Terdahulu, dua lagi wakil negara, Muhammad Ridwan Sahrom (10.226s) dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis (10.310s) tersingkir pada pusingan kelayakan selepas masing-masing menduduki tempat ke-20 dan ke-22.

Hanya 16 pelumba terbaik layak ke pusingan final 1/8.





Walau bagaimanapun, ini bukanlah penamat kepada Muhammad Ridwan dan Muhammad Fadhil kerana mereka mempunyai peluang terakhir untuk membuktikan kemampuan mereka dalam acara ujian masa 1,000m, esok.

– BERNAMA

Shah Firdaus terkandas pusingan pertama di Perancis

Cabaran Shah Firdaus acara pecut berakhir di suku akhir

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker