Campak telefon elak kegiatan dikesan
Campak telefon elak kegiatan dikesan

LANGKAWI: Seorang wanita warga asing bertindak mencampak telefon bagi mengelak kegiatannya menawarkan khidmat pelayan dikesan dalam serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di sini, semalam.
Bagaimanapun, cubaan tergesa-gesa wanita itu untuk meloloskan diri menerusi pintu belakang premis itu gagal selepas berjaya dicekup dalam OPS Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah.
Timbalan Pengarah (Kawalan) JIM Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid, berkata dalam operasi itu seramai 14 wanita warga Thailand dan Laos ditahan kerana melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa di negara ini.
“Siasatan awal mendapati, pusat hiburan itu menawarkan tempahan perkhidmatan pelayan kepada pelanggan menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.
“Ketika serbuan, wanita warga asing terbabit cuba meloloskan diri menerusi pintu belakang premis serta ada yang bertindak mencampakkan telefon bagi mengelak kegiatannya dikesan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Demam campak membunuh sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak di Afghanistan
Campak telefon elak kegiatan dikesan
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Rosmaliza berkata, bagaimanapun usaha kumpulan wanita warga asing itu gagal apabila pusat hiburan terbabit sudah dikepung lebih awal sebelum pasukan serbuan tiba.
“Kesemua tahanan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Langkawi untuk tindakan lanjut, manakala pelanggan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.
“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Lawati Laman :
Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15