Esra, Amaal larikan diri dari Arab Saudi, isytihar murtad

Esra, Amaal larikan diri dari Arab Saudi, isytihar murtad

Esra, Amaal larikan diri dari Arab Saudi, isytihar murtad
ESRA (kiri) dan adiknya, Amaal ditemukan mati di sebuah blok kediaman di Canterbury di Sydney, Australia. – AGENSI

SYDNEY: Dua beradik yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan reput di sebuah kediaman di sini, baru-baru ini didakwa meninggalkan negara asal, Arab Saudi dengan wang belanja sebanyak AS$5,000 (RM22,252).

Mereka melarikan diri ke Australia menerusi Hong Kong sejak lima tahun lalu ketika bercuti bersama keluarga, selain didakwa sudah murtad.

Perkara itu didedahkan menerusi beberapa laporan baharu yang dilaporkan oleh media Asia Barat.

Esra Abdullah Alsehli, 24 dan adiknya, Amaal Abdullah Alsehli, 23, ditemukan mati dalam bilik berasingan di tingkat pertama rumah mereka di Canterbury ketika polis melakukan pemeriksaan kebajikan pada 7 Jun lalu.





Pasukan detektif percaya mereka sudah meninggal dunia pada Mei, namun masih buntu mencari punca kematian memandangkan tiada kesan kecederaan atau pergelutan.

Organisasi media yang berpangkalan di Yemen melaporkan, dua beradik itu melarikan diri ke Australia pada 2017 kerana dipercayai mempunyai hubungan tidak baik dengan ibu bapa mereka.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Menurut laporan itu, dua beradik tersebut menaiki penerbangan ke Sydney ketika bercuti bersama keluarga di Hong Kong dan keluar dari Islam untuk menjadi ateis.





Dalam pada itu, media juga melaporkan abang mereka dijangka membuat rayuan awam untuk ‘menggalakkan mana-mana suspek yang berpotensi mengakui jenayah tersebut’.

Namun, sehingga kini, keluarga dua beradik itu masih mendiamkan diri.

Misteri kematian Esra dan Amaal mendapat perhatian pelbagai pihak dalam media sosial dengan kebanyakan mereka menyifatkan keputusan dua beradik itu untuk meninggalkan Arab Saudi adalah salah.

Seorang pengguna media sosial menulis ‘Dua wanita itu mendedahkan diri mereka kepada bahaya apabila meninggalkan Arab Saudi.

‘Jangan tinggalkan negara anda untuk mencari kebebasan. Anda tidak akan temukannya’ tulisnya.





Selain itu, Konsulat Arab Saudi di Sydney turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua beradik tersebut, selain sedia bekerjasama untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan.

Polis Australia juga memaklumkan, keluarga dua beradik itu memberikan kerjasama yang baik, sekali gus menunjukkan ‘tiada sebab konkrit’ mengapa mereka perlu melarikan diri dari Arab Saudi.

Sementara itu, polis memberitahu, mereka masih menunggu keputusan jika dua beradik itu mengambil racun dan jenazah mereka dijangka dikebumikan di sini.

Lelaki larikan pelajar perempuan ditahan





Esra, Amaal larikan diri dari Arab Saudi, isytihar murtad

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker