Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

Ketika PRU 15 berada di ambang pintu, kita dikejutkan dengan berita seramai 1.2 juta pelancung China masih berada di Malaysia.

Ini bukannya statistik yang dicipta netizen, tetapi ianya jawapan yang diberikan oleh Menteri KDN, Hamzah Zainuddin di dalam parlimen.

Menurut Hamzah, statistik Jabatan Imigresen Malaysia mencatatkan seramai 7,177,043 pelancung China direkodkan masuk ke Malaysia dari 2018 hingga 2021.





Tetapi rekod JIM menunjukkan cuma 5,954,000 orang sahaja yang direkodkan keluar dari Malaysia.

Manakala seramai 2,960 orang telah direkodkan berkahwin dengan rakyat tempatan.

Ini bermakna seramai 1,220,043 orang pelancung China yang masuk dari tahun 2018 hingga tahun 2021 masih berada di dalam Malaysia.

Apakah Ada Pihak Yang Melindungi Mereka?

Persoalannya, di manakah mereka dan apakah ada pihak yang melindungi mereka?

Sekiranya ada pihak yang melindungi mereka, mengapa mereka dilindungi?





Ada 2 pendapat mengenai isu ‘kehilangan’ lebih 1.2 juta pelancung China di Malaysia.

Pendapat yang pertama mengatakan isu ini sengaja dibangkitkan menjelang PRU 15 supaya ianya menjadi polemik politik yang boleh menangguhkan PRU 15.

Ada kebenarannya kerana isu ini pernah dibangkitkan sebelum ini tetapi semasa menjadi kerajaan, baik PH mahu pun PN tidak mengambil kesah.

Kini apabila dirasakan PRU 15 sudah tidak mampu dilengahkan lagi, sedangkan mereka belum bersedia, maka isu ini dibangkitkan.

Dengan harapan ianya akan menjadi penghalang dari PRU 15 diadakan dalam masa terdekat.





Dengan harapan, rakyat akan mendesak kerajaan supaya menyelesaikan isu ini sebelum PRU 15 diadakan.

Pendapat yang kedua pula berpendapat, isu ini sememangnya wujud dan sesuatu mesti dilakukan segera untuk membongkarnya.

Namun persoalannya, apakah pihak berkuasa mampu membongkarnya dalam waktu yang singkat sekiranya PRU 15 mahu diadakan dalam masa terdekat?

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menjejaki 1.2 juta orang dalam masa yang singkat.

Pihak berkuasa boleh menjalankan operasi bersepadu untuk mengesan mereka, tetapi ianya pasti akan memakan masa yang agak lama.





Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Perlu Menangguhkan PRU 15

Apa jalan yang paling berkesan untuk mengesan mereka?

Sekiranya benar 1.2 juta pelancung China ini dilindungi pihak tertentu, terutamanya parti politik tertentu, mereka pasti akan keluar mengundi dalam PRU 15.

Ini adalah kerana, khabarnya sebahagian besar dari mereka sudah memiliki MyKad secara tidak sah dengan menggunakan data peribadi rakyat Malaysia yang sudah meninggal dunia.

Ada juga di antara mereka dikatakan menggunakan data peribadi rakyat Malaysia yang tinggal agak jauh dari MyKad palsu yang dikeluarkan untuk mereka.

Pada pandangan Edisi Siasat, cara terbaik untuk mengesan mereka adalah di hari mengundi.





Pegawai Imigresen dan pegawai polis boleh ditempatkan di semua pusat mengundi di seluruh negara.

Sebelum mereka mendaftar untuk mengundi, tanya beberapa soalan mengenai Malaysia kepada mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Sekiranya mereka gagal menjawab dengan Bahasa Melayu yang baik, asingkan mereka dan pegawai Imigresen boleh mereka untuk membuat pengesahan identiti.

1.2 juta pengundi haram mampu mengubah bukan sahaja keputusan 1 kerusi parlimen, tetapi kesemua 222 kerusi parlimen di dalam PRU.

Dengan cara ini, bukan sahaja mereka boleh dikesan dengan mudah, tetapi PRU 15 juga tidak perlu ditangguhkan.

 

Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker