Kanak-kanak dilapor hilang ditemukan lemas
Kanak-kanak dilapor hilang ditemukan lemas

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak ditemukan lemas di Sungai Plentong di sini, hari ini selepas dilaporkan hilang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun mengenai penemuan mayat kanak-kanak di sungai itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
“Kita menerima laporan daripada ibu mangsa, seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada jam 6.49 petang semalam yang memaklumkan anak lelakinya keluar dari rumah mereka di Taman Plentong, Masai.
“Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikatakan keluar rumah pada jam 3 petang kelmarin,” katanya.
Beliau berkata, ibu kanak-kanak itu mendakwa anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga jam 9 malam sebelum wanita itu membuat laporan polis.
Katanya, kes yang pada mulanya diklasifikasikan sebagai kes orang hilang (OH) kini disiasat sebagai kes mati mengejut (SDR).
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat,” katanya.
Kanak-kanak dilapor hilang ditemukan lemas
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Lawati Laman :
Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15