Polis tahan lelaki guna bendera Sri Lanka sebagai kain sarung, cadar katil

Polis tahan lelaki guna bendera Sri Lanka sebagai kain sarung, cadar katil

Polis tahan lelaki guna bendera Sri Lanka sebagai kain sarung, cadar katil

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan pemimpin kesatuan perdagangan negara ini yang didakwa mencuri dua bendera rasmi dari kediaman Gotabaya Rajapaksa dan menggunakannya sebagai cadar serta kain sarung.

Puluhan ribu penduduk menyerbu kompleks kediaman bekas perdana menteri itu pada awal bulan ini sehingga menyebabkan Rajapaksa melarikan diri ke Singapura dan meletak jawatan.

Pemimpin kesatuan itu ditahan malam semalam selepas tular dalam media sosial menunjukkan dia menggunakan satu daripada bendera rasmi yang diambil dari kediaman tersebut sebagai cadar katilnya dan kain sarung.





“Kami dapat mengenal pasti lelaki itu berdasarkan video yang dikongsi anaknya dalam media sosial.

“Suspek memberitahu dia sudah membakar satu bendera, manakala satu lagi digunakan sebagai cadar dan kain sarung,” kata polis.

Sehubungan itu, lelaki berkenaan ditahan reman selama dua minggu bagi membantu siasatan. – AFP

Di Melaka Bendera PH Kena Bakar, Johor Pun Kena Bakar?





Polis tahan lelaki guna bendera Sri Lanka sebagai kain sarung, cadar katil

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker