Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika

Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika

Dalam perbualan melalui maya, Presiden China, Xi Jinpeng, memberikan amaran keras kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Xi Jinpeng memberikan amaran tersebut ketika menyentuh cadangan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi untuk melawat Taiwan.

China menganggap lawatan Pelosi ke Taiwan sebagai mengiktiraf kemerdekaan Taiwan.





China pula menganggap Taiwan masih lagi berada di bawah pentadbiran China.

Sebarang usaha mengiktiraf kemerdekaan China akan dianggap sebagai mencabul kedaulatan China.

Amaran XI Jinpeng segera disambut oleh Menteri Luar China, Zhao Lijian.

Beliau berikrar China akan memastikan kapalterbang yang dinaiki Pelosi akan ditembak jatuh sekiranya lawatan itu diteruskan.





Tersentak dengan amaran dari China, Biden menasihatkan Pelosi supaya tidak meneruskan hasrat melawat Taiwan dengan alasan ianya bukan masa yang sesuai.

Sementara itu ‘US Chairman Of The Joint Chiefs of Staff, General Mark Milley, memberikan amaran terdapat pergerakan agresif dari armada laut dan udara tentera China.

Sementara itu serpihan roket China telah dapat dikesan melintasi ruang udara Kuching baru-baru ini.





China mendakwa serpihan roket itu ialah serpihan roket dari kapal angkasa yang dihantar ke angkasa lepas.

Namun NASA mempertikaikannya dan mempersoalkan mengapakah kerajaan China seakan menyembunyikan aktiviti itu.

Menurut NASA adalah menjadi amalan antarabangsa untuk mengisytiharkan segala pergerakan serpihan roket yang dihantar ke ruang angkasa.

Persoalannya, apakah serpihan roket yang dilihat melintasi ruang udara Malaysia mempunyai kaitan dengan apa yang didakwa oleh Mark Milley.





Walau apa pun keadaannya, kita berharap agar ada jalan penyelesaian terbaik antara China dan Amerika.

Sekiranya krisis ini dibiarkan berlarutan, dikhuatiri ianya bukan sahaja akan terus memburukkan lagi ekonomi dunia, malah boleh membuka ruang untuk satu lagi perang dunia di era nuklear!!!

 

Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker