PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa

PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa

PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa

Edisi Siasat difahamkan PRU 15 sudah hampir pasti akan diadakan pada tahun ini, cuma yang masih menjadi pertimbangan ialah pada bulan berapa.

Gambar pertemuan ‘top five’ UMNO yang tular di laman media sosial minggu lepas telah membuatkan mood PRU 15 semakin meningkat.

Tersebar pula perkhabaran yang mengatakan MKT UMNO akan mengadakan mesyuarat pada minggu ini.





Agendanya sudah pasti untuk menetapkan bilakah masa untuk Ismail Sabri menghadap YDP Agong untuk mendapatkan perkenan baginda untuk bubarkan parlimen.

‘Road tour’ Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihanraya BN, Tok Mat Hassan, memberikan gambaran UMNO sedang membuat persiapan terakhir untuk PRU 15.

Kelulusan ROS terhadap pindaan perlembagaan UMNO telah meyakinkan banyak pihak bahawa PRU 15 pasti akan diadakan pada tahun ini.

Dalam keghairahan untuk menghadapi PRU 15, ada segelintir pemimpin yang digelar ‘kluster Putrajaya’ semakin kegelisahan.

Sebelum ini pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk menangguhkan PRU 15 sehingga ke akhir penggal ke 14 parlimen.





Namun semuanya kini sudah terbukti gagal.

Mereka cuba pula untuk menukar kepimpinan UMNO sebelum PRU 15, tetapi surat kelulusan ROS benar-benar telah membuatkan mereka terkesima.

Ismail Sabri Tidak Perlu Akur Kepada Kehendak Kluster Putrajaya

Terkini, apabila Setiausaha Agung BN, Dr Zambry mengumumkan, atas arahan Pengerusi BN, DS Zahid Hamidi, semua parti hendaklah mula mengenalpasti calon muda untuk PRU 15.

Ini benar-benar membuatkan kluster Putrajaya ibarat cacing kepanasan.

Sampai perkhabaran kepada Edisi Siasat, kluster Putrajaya cuba menggunakan Ismail Sabri supaya mendesak DS Zahid supaya mencalonkan mereka di PRU 15.





Tetapi dengan tegas ditolak kerana menurut DS Zahid, bukan beliau yang menolak kluster Putrajaya, tetapi rakyat dan akar umbi UMNO.

Alasan yang diberikan oleh DS Zahid sangat kukuh dan tidak mampu disanggah oleh Ismail Sabri.

Malah Ismail Sabri mesti sedar, tidak ada syarat yang mesti dipenuhi oleh UMNO untuk beliau bubarkan parlimen.

Kehendak pembubaran parlimen bukanlah kehendak peribadi DS Zahid atau mana-mana pemimpin di dalam UMNO, tetapi ianya adalah kehendak parti.

Sebagai seorang yang telah mendapat kedudukan sebagai Perdana Menteri atas tiket UMNO, beliau WAJIB akur kepada kehendak parti.





Jangan lagi cuba beralasan.

 

PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker