Warga emas lemas di Wong Pelagus
Warga emas lemas di Wong Pelagus

KUCHING: Seorang daripada dua mangsa perahu karam di jeram Wong Pelagus, Sungai Batang Rajang, di Kapit, ditemui lemas, hari ini.
Mayat mangsa, Ngalang Demong, 73, ditemui oleh pekerja tongkang muatan batu yang menyusuri sungai berkenaan pada jam 5 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa sudah dikenal pasti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan untuk mengesan seorang lagi mangsa iaitu Richelles Seli Lasu,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Jumaat lalu, kedua-dua mangsa hilang selepas perahu yang mereka naiki karam ketika cuba melalui air deras di jeram berkenaan.
Saksi kejadian yang juga cucu mendiang Ngalang dalam laporan di Balai Polis Kapit berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama datuk dan bapa saudaranya, Richelles Seli dalam perjalanan dari Rumah Panjang Ani Isop, Nanga Pelagus untuk menjala ikan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri: MoU Tidak Akan Di Sambung, Kluster Putrajaya Kena Cepat Melompat
- Penganalisa Politik: PAS Ulangi Kesilapan PRN Melaka Dan Johor
- RUU Anti Lompat Parti Di Luluskan, Penunjuk Kepada PRU 15 Atau MoU Di Sambung
Menurutnya, sebelum melalui kawasan jeram itu dia diarahkan oleh dua mangsa supaya turun dari perahu.
Dia kemudiannya berjalan mengikut laluan pejalan kaki di tebing sungai manakala datuk dan bapa saudaranya mengharungi jeram dengan bergerak menggunakan perahu.
Ketika cuba melalui jeram itu, saksi melihat perahu yang dinaiki datuk dan bapa saudaranya karam dan kedua-dua mangsa hilang dibawa arus deras.
Warga emas lemas di Wong Pelagus
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Lawati Laman :
Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15