4 ditahan susulan kes bunuh di Buntong

4 ditahan susulan kes bunuh di Buntong

4 ditahan susulan kes bunuh di Buntong

IPOH: Polis menahan empat suspek selepas kes kematian seorang lelaki di sebuah rumah di Buntong, di sini, pagi semalam diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata empat lelaki warga asing berusia antara 33 hingga 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi di kawasan Buntong.

Beliau berkata, dua daripada suspek itu mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa, manakala dua yang lain adalah rakan kepada si mati.





Mengulas lanjut, katanya mangsa, 37, pada mulanya dilaporkan ditemui abangnya dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Buntong, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi semalam.

Mangsa yang dijumpai terbaring atas lantai dengan berbantal dan berselimut kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Kes itu pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah berdasarkan siasatan awal pada tubuh si mati mahupun di tempat kejadian.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Bagaimanapun hasil bedah siasat dijalankan hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan pada bahagian perut disebabkan pukulan objek tumpul,” katanya.





Mior Faridalathrash berkata, susulan perkembangan itu kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Tindakan pantas diambil dengan menahan empat suspek itu dan polis turut menjumpai tukul besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata sehingga mendatangkan kematian terhadap mangsa.

“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman,” katanya.

Tiga ditahan susulan kereta meletup di hospital di Liverpool





4 ditahan susulan kes bunuh di Buntong


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker