Arab Saudi keluarkan 70 juta permit untuk umrah

Arab Saudi keluarkan 70 juta permit untuk umrah

Arab Saudi keluarkan 70 juta permit untuk umrah
UMat Islam yang berada di Mekah terutama untuk menunaikan haji perlu mengambil kesempatan melipatgandakan ibadat di bumi suci itu.

MEKAH: Lebih 70 juta permit dikeluarkan untuk menunaikan umrah di Masjidilharam dan bersolat di Rawdah Sharaf dekat Masjid Nabawi di Madinah pada musim terakhir tahun 1443 Hijrah.

Perkara itu diumumkan jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Hisham Saeed, semasa wawancara dengan saluran televisyen Al-Ekhbarya.

Menurut beliau, musim umrah pada tahun 1444 Hijrah dijangka menyaksikan keadaan akan kembali normal dari segi jumlah jemaah selepas perubahan positif dalam petunjuk kesihatan.

Ia termasuk pemansuhan dan kelonggaran banyak sekatan kesihatan yang wujud dua tahun lalu akibat penularan pandemik COVID-19.





Jurucakap terbabit menekankan bahawa tidak ada angka khusus merangkumi jemaah dari setiap negara untuk menunaikan umrah.

Sesiapa yang berhajat untuk mengerjakan umrah boleh memohon secara terus dan mengemukakan visa yang sesuai serta memasuki negara itu.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Katanya, pada 30 Julai lalu yang bersamaan dengan 1 Muharam 1440 Hijrah, sesi umrah baharu secara rasminya bermula.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima visa dari negara luar dan ingin menunaikan umrah sejak pertengahan bulan Dhu Al-Hajj 1443 Hijrah.





Bagi yang ingin menunaikan umrah atau solat di Rawdah Sharif, sama ada warganegara Arab Saudi, penduduk dan warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) atau mereka yang mempunyai pelbagai jenis visa, kini boleh memohon permit serta memilih masa sesuai menerusi aplikasi Eatamarna.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kementerian memaklumkan pihaknya sudah merekodkan peningkatan luar biasa dari segi jumlah permohonan visa umrah dengan permulaan musim umrah baharu pada tahun 1444 Hijrah.

Kementerian mengeluarkan lebih 20,000 visa dalam tempoh dua minggu, sejak pendaftaran dibuka pada 14 Julai lalu.

Kumpulan pertama jemaah dari luar negara tiba di Mekah untuk menunaikan umrah pada Sabtu lalu, sekali gus menandakan bermulanya musim baharu umrah.

‘Tak tahu perlu ada permit’





Arab Saudi keluarkan 70 juta permit untuk umrah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker