Arsenal mahu lepaskan 11 pemain

Arsenal mahu lepaskan 11 pemain

Arsenal mahu lepaskan 11 pemain
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dikatakan mahu melepaskan 11 pemain utama kelab itu pada fasa perpindahan kali ini. – AFP

LONDON: Perubahan cuba dilakukan pengurus Arsenal, Mikel Arteta semakin jelas apabila dia tampak akan melepaskan 11 pemain yang menjadi sebahagian skuad jelajah pramusim minggu lalu di Amerika Syarikat.

Namun pegawai kelab bimbang dengan komen terbaharu pengarah teknikal, Edu mungkin akan menyukarkan mereka untuk menjual bintang yang tidak dimahukan.

Edu mendakwa bahawa ia “satu pelaburan” jika membayar gaji yang mahal tetapi pemain yang tidak beraksi dengan baik perlu meninggalkan kelab.

Dan kata-kata itu digunakan beberapa kelab Eropah bagi mendapatkan pemain hasil sifat pemurah Arsenal.





Dan Flo Balogun dijangka akan menghabiskan semusim secara pinjaman ke kelab Perancis, Reims.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Namun Arsenal masih belum menemui pembeli buat pemain utama seperti Hector Bellerin, Pablo Mari, Lucas Torreira, Ainsley Maitland-Niles dan Reiss Nelson.

Kelab itu berharap dapat mengumpul £50 juta (RM273.11 juta) buat pemain tidak dimahukan itu tetapi masih belum menerima sebarang tawaran.





Dan kini mereka bimbang kelab yang berminat sengaja menanti hingga hari terakhir fasa perpindahan dengan jangkaan Arsenal akan membenarkan pemain itu meninggalkan kelab itu dengan harga murah bagi mengurangkan bebanan membayar gaji mereka. – AGENSI

Chelsea, Arsenal mara ke suku akhir

Arsenal mahu lepaskan 11 pemain


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker