BAPA ATILIA DIJEMPUT ILAHI
BAPA ATILIA DIJEMPUT ILAHI
Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Atilia Haron atas kehilangan bapanya, Allahyarham Raja Haron Raja Aziz, 76, yang meninggal dunia akibat sakit jantung dan parkinson (gangguan saraf), Khamis lalu.
Menurutnya, biarpun arwah bapanya berpisah dengan ibunya, Salamiah Hassan ketika dia berusia 12 tahun, hubungan mereka anak-beranak tetap rapat dan tidak berbelah bahagi.
“Takdir tertulis… dan saya serta keluarga menerimanya dengan berlapang dada. Arwah insan berhati baik. Disebabkan saya anak sulung daripada empat beradik, hubungan kami sangat akrab.
“Boleh dikatakan saya sangat rapat dengan arwah. Tambah pula, saya anak perempuan tunggal dalam keluarga,” katanya.
Jenazah Allahyarham Raja Haron dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, pada 29 Julai lalu. Antara teman rapat yang menziarah dan memberi sokongan kepadanya pada hari pengebumian ialah Dynas Mokhtar, Yasmin Hani, Aishah Sinclair dan Nazrudin Habibur Rahman.
“Kehadiran mereka sedikit sebanyak menguatkan hati dan semangat saya,” katanya yang menyifatkan mereka lambang teman sejati.
ATILIA TAK NAFI KUDRAT ROSLAN AZIZ TIDAK LAGI SECERGAS DULU
BAPA ATILIA DIJEMPUT ILAHI
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Lawati Laman :
Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15