BAPA AZZA ELITE KEMBALI KE RAHMATULLAH

BAPA AZZA ELITE KEMBALI KE RAHMATULLAH

BAPA AZZA ELITE KEMBALI KE RAHMATULLAH

“Kullu nafsin dzaikatul maut.. Innalillahiwainnailahirojiun buat abah saya Allahyarham zawari Abdul Aziz. Berbahagia lah bertemu Allah Abah. Noor Syg abah. Noor Azzarima Zawari, 1/08/2022,” demikianlah tulis penyanyi dan pelakon Azza Elite yang memaklumkan berita duka dimana bapanya, Zawari Abdul Aziz, 71, telah pun meninggal dunia disyaki akibat masalah jantung di Hospital Batu Gajah, Perak, kira-kira jam 2 pagi, hari ini.

Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, 45, berkata, bapanya terlebih dahulu dimasukkan ke hospital di Ipoh, Perak akibat jangkitan C0V1D pada 1 Julai lalu.

“Sebenarnya abah kena Covid-19 awal Julai lalu dan dibenarkan keluar selepas Hari Raya Aidiladha tempoh hari. Kebetulan jantung abah pun bermasalah juga. Sepatutnya ada rawatan lanjut untuk jantung, tapi tak sempat. Cuma, punca kematian masih belum dapat dipastikan.





“Oksigen abah turun ke paras 73 dan 70 semalam. Sewaktu kakak saya, Noor Amelia Hafiza periksa mereka tak buang masa terus panggil ambulans dan bawa ke Hospital Batu Gajah. Ketika itu abah masih okay. Allah lebih sayangkan abah. Dia meninggal dunia ketika mendapat rawatan di situ,” jelasnya.

BAPA AZZA ELITE KEMBALI KE RAHMATULLAH

Menurut Azza, kali terakhir dia berjumpa bapanya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha yang mana ketika itu masih dirawat di hospital. Menurut Azza, Allahyarham meninggal seorang balu, Hamidah.

“Saya berjumpa abah sebelum dia keluar hospital. Tapi kalau tak jumpa pun memang setiap hari buat panggilan video. Kami adik-beradik selalu bergurau dengan abah. Minta maaf tu selalu.

“Abah suruh menjaga keharmonian adik-beradik. Itu saja pesanan abah yang selalu dia sampaikan kepada kami yang mana mesti sayang semua adik beradik walaupun berlainan ibu. Ikutkan kami semua ada 12 beradik. Kalau daripada mak saya, saya anak tunggal,” katanya.





PRN Johor: PAS Dah Tak Sayang Abah Ker?

 

BAPA AZZA ELITE KEMBALI KE RAHMATULLAH

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker